1

Dimana letaknya keikhlasanku..?

Tika fajar menyinsing, ku intai di jendela yang berkabut salju.. alam sepi, seakan tidak mahu bangkit dari tidurnya. sesekali, aku terlihat akan embun menitis ke bumi. semalaman aku berfikir, memerah otak,.. memikirkan isu tertentu hingga kekadang, perut ini terasa memulas... kerna apa? seribu rasa bergelodak dalam diriku.. kekadang, ingin ku muntahkan semuanya, tapi apakan daya.. aku hanya manusia biasa... aku hamba yang lemah, tiap lembaran hidupku mencoretkan sirna.. aku bukan nabi yang bisa sempurna.. aku tak luput dari dosa...

tak pernah terniat di hatiku walau sekelumit pun, untuk melukakan hati sesiapa.. itu bukan caraku. itu bukan diriku. sungguh, aku tak sempurna. namun, aku tetap mencuba yang terbaik, untuk memenangi hati semua. aku sedar, bukan mudah untuk membuatkan orang suka padaku. aku tak pernah mengaharap agar semua orang "suka" akan ku. apa yang kuharapkan, hanya secebis keikhlasan dari hati yang kecil, agar mereka bisa menerimaku seadanya, sebagai diriku yang sebenar.

namun malam ini, bagaikan badai yang menghempas pantai,
aku terluka sekali.. apabila keikhlasanku dipersoalkan..
pastinya, setiap satu amanah dan tanggungjawab yang yang aku tunaikan.. aku laksanakan dengan sepenuh hati. alhamdulillah, usaha aku hingga kini membuahkan hasil yang bisa dinikmati semua. orang memberi kita merasa. namun ada kalanya, kita juga perlu memberi, agar orang lain dapat merasa. dan setelah apa yang aku lakukan.. mengapa kini keikhlasanku dipersoalkan..? bukankah apa yang aku lakukan ini segala demi semua..? bukankah tiap yang aku lakukan ini, demi amanah yang diletak di bahuku, demi ketua yang menaungiku..?

hingga ke saat ini, masih terpahat dihatiku, pepatah yang acap kali kudengar, "wallak" terhadap ketua... KESETIAAN TERHADAP KETUA.. itulah teras tunjang, tulang belakang yang meneguhkan sesuatu organisasi.. walau sekeruh mana persengketaan yang mungkin timbul akibat tidak sefahaman, namun kerna wujudnya kesetiaan pada ketua atau khalifah yang satu, maka amanat itu dilaksanakan jua, sungguhpun ia seberat batu yang dijunjung di kepala.

ketua merupakan jantung sesuatu organisasi, denyutan nadi yang menghidup dan mengharmonikan sebuah "keluarga" kerjasama. buat pertama kalinya dalam hidupku di kampus, keluarga ini membuatkan aku terasa dimiliki, dilindungi dan cinta itu hadir dikalangan kami. dan aku amat amat mencintai keluarga ini.. luhur aku katakan, aku lakukan sanggup apa sahaja demi keluarga ini.. demi cintaku pada keluarga ini.. katakan... apa saja.. akan aku usahakan..

seperti watak Bellatrix dalam Harry Potter 7 -Deathly Hallows-, kerna cintanya yang terlalu dalam dan kesetiaanya yang tiada berpenghujung, maka bellatrix sanggup mengorbankan dirinya sendiri demi menyelamatkan ketuanya, Voldemort.

lalu jangan pernah mempersoalkan keikhlasanku...
kerana kesetiaan dan keikhlasan.. sesuatu yang tak bisa dipisahkan dariku..
sekalipun jasad ini bercerai dengan nyawa..


love,
nisa 09..
-6.30am-

1 comments:

MUhammad SHAhimi aRIFFfin(mushariff) said...

salam kepada saudari nisa...

mmg mengagumkan...
bagus kalau setiap orang macam saudari...
Wala' itu wajib...selagi mana pemimpin tidak bertentang dengan syara'....

Mudah mentadbir tanzim @ organisasi jika wala' ini dipatuhi oleh setiap ahli mesyuarat....
Teruskan dengan wala' yang tertanam dalam diri anda...

Biarkan masa menentukan...ALLAH akan nampak keikhlasan dalam diri kita..Biarlah orang menafikan kesetian kita...Jangan ALLAH yang menidakkan....

Untuk memuaskan hati semua orang mmg mustahil...Even nabi yang ma'som pon x dapat untuk memuaskan hati semua orang inikan kita...

Buatlah apa yang diri rasa betul(tak tergelincir dari syara')..Abaikan kata2 orang...

sekian,

MUhammad SHAhimi aRIFFin (mushariff)
PRESIDENT
Jimbit Corp,
UNiSEL.

Post a Comment